Sunday, 27 February 2011

Rindu...

Hari ni, owh..2-3 hari ni sebenarnya..aku rasa sangat rindu. rindu pada dia .. ya...tiap kali aku ada perasaan ni, aku akan menjadi seorang yang sensitif, baran tak bertempat. pantang orang usik aku, pasti akan jadi mangsa. kesian anak2 buah aku dan kakak aku, jadi mangsa keganasan perasaan ku...

air mata mestilah jadi teman setia aku kala begini. tapi aku tak tunjuk yang aku sedang bersedih...untuk menutup kesedihan aku tu, aku jadi baran tak bertempat...hhuuurrrmmm....aku tak mampu nak berkongsi perasaan aku ni dengan sesiapa...aku bukan jenis yang reti tuk mencurah rasa...

kakak dan mak (arwah mak)

sangat rindukan insan ini... ~al-fatihah~

Hello, My name is ....



Temukan Erti Cinta dari Namamu

:Suka merajuk dan dipujuk.
:Setia terhadap pasangan.
:Suka menilai dan menjaga perhubungan.
:Pandai menyimpan perasaan.
:Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
:Pandai memahami pasangan.
:Suka mengkritik pasangan.
:Bersopan dalam hubungan.
:Suka mengkritik pasangan.
:Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
:Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
:Romantik, Pengasih dan Penyayang.
:Memahami pasangan.
:Setia terhadap pasangan.
:Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
:Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya.


hehhe..senyumm...! aku dapt dari FB application


Saturday, 26 February 2011

Jom Menjala

Jala ikan.. kenal tak jala ikan? mungkin ada yang kenal rupa jala ikan tu macam mana, mesti ramai yang tak berpengalaman guna jala ikan tu. (termasuklah aku..hehehe)

ok..CHOP..! aku bukan nak bercerita pasal jala ikan ni, sebab aku memang tak pernah pegang pun jala ni, tengok pernah la... hehehe .. aku nak cerita pasal ROTI JALA..

sebelum ni aku hanya reti makan jer, tapi kali ni aku cuba buat sendiri. dan hasilnya cukup menyelerakan..
tapi, masalhnya aku tak de acuan, dan, aku pun apply la KBKK yang diterapkan masa sekolah dulu...heheee
ni lah acuan aku :)..plastic yang dipotong bucunya

adunan roti jala yang kuning menawan

hasil !

best tau buat sendiri, rasa puas . anak2 buah aku pun suka sangat...okey..akan buat lagi..!

Friday, 25 February 2011

Panorama Alam

kali ni nak berkongsi sekeping 2 gambar yang di snap di sekitar kuala selangar. kira nya waktu sunset jugak la. cantik...SUBHANALLAH... :) 







haaa...cantik kan? moh le ke Kuala Selangor, aka Jeram.. dapat pekena sup ketam atau pun tomyam ketam..ppeerrrgghhh...berbaloi-baloi..!


Wednesday, 23 February 2011

2 Jiwa 1 Rasa

gambar hiasan

Perkahwinan adalah penyatuan 2 insan yang berkongsi matlamat yang sama. aku tak nak bercerita mengenai matlamat perkahwinan dalam Islam..sebab pada aku semua dah tau. hanya kadang2 mereka menidakkan jer akan matlamat tu.

perkahwinan adalah perjudian. sama juga dengan kehidupan.kita tidak tahu apa akan jadi pada kehidupan kita & perkahwinan kita. kita hanya perlu berusaha untuk buat yang terbaik, jadi yang terbaik supaya hasilnya adalah yang terbaik. betul tak?

perkahwinan adalah penyatuan 2 insan yang berbeza. berbeza dari sosio-budaya, perangai, kehendak, keperluan & macam2 lagi.. di sinilah letaknya ujian sebenar kepada sebuah perkahwinan.. macam mana untuk mewujudkan keserasian dalam rumahtangga yang baru dibina supaya ia tidak roboh bila dihujani oleh dugaan2 kehidupan.

2 jiwa yang disatukan atas tiket perkahwinan perlu bijak menangani emosi & intelektual serta ego dalam perjalanan mencapai matlamat sebenar perkahwinan...perkahwinan bukan sesuatu yang mudah..kita perlu mempersiapkan diri kita untuk menjadi pelengkap kepada pasangan kita..perlu berubah untuk kebaikan..ego perlu ditunddukkan supaya hubungan tidak berantakan...

hhhuuurrrmmm....
mampukah aku untuk menjadi tongkat kepada pasanganku?
mampukah aku menjadi cahaya dalam kehidupannya?
mampukah aku menjadi isteri yang solehah?

Firman Allah : “ Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik..” ( An-Nur : 26 )

Ya Allah...aku mohon diberikan jodoh yang terbaik untukku, yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhai..Amiiiiinnn...

1 + 1 = 3 ??!!


Tahun 2010, ramai kawan2 aku yang kawin. dan kebanyakannya perempuan. kalau tak kawin pun bertunang, dan rancang nak kawen tahun 2011. ada yang tak de pa pe ikatan yang sah dari segi adat atau pun hukum syarak, tapi dah ada boyprend. aku??!! ahahahha..single mingle..! erk..yer ker? huhuhu

dan, bila dah kawin akan ada hasilnya... matematik asas perkahwinan adalah 1+1=3 . akkuuu??!! huhuhu
ni antara hasilnya, Zaim Adli (anak kawan yer..bukan anak aku)

nenek dah bising, dan paling hebat lagi sekarang ni semua orng dah bising...abang aku yang kononnya cool pun dh start hot..almaklumla..anak2 buah aku yang lagi muda dri aku dah nak kawen tahun ni... :(

uuuwwwaaaaa....
tapi, tu tak bermakna aku tak suke dengan perkembangan positif kawan2 n ahli keluarga... aku memang dengan besar hatinya mengucapkan TAHNIAH dan BERDOA semoga jodoh mereka berpanjangan sampai hujung nyawa... biarlah jodoh tu adalah jodoh dari syurga yang boleh mebina syurga cinta ...

Tuesday, 22 February 2011

Sepatu oohh sepatu...

tengok tajuk macam nak baut karangan bibliografi lak yer? "Aku sepasang Sepatu." ahahha.. tapi sebenarnya aku nk citer pasal lain...tapi still ada kene mengena ngan sepatu.. pasal dia ni la peristiwa2 tu terjadi...




ni kasut baru selepas terjadinya peristiwa 1 mei 2010 tempt dirahsiakan untuk elak malu...ahahha

1 mei 2010,mencatat sejarah dalam hidup aku, konon punyer la ayu pakai...berkebaya pendek + kain batik + selendang + HEELS... ahahahha...jalan la aku terkedek2 dari kereta ke rumah kenduri...ooopppssss...! heels aku putus...ok lagi sbb sebelah jer..


lepas jumpa kawan aku merangkap pengantin of the day, aku pun nk berjalan ke tmpt jamuan la...nk amik nasi kononnya..TETIBA..entah macam mana aku tersadung then..aku terjatuh macam org sujud solat tu....GILER bapak malu....huhuhuhu....seb baik la kat depan der 2 member yg kebetulan lalu & bleh la tlg cover aksi aku tu...huhuhu

lepas tu plak ade la mamat ni, dia selisih ngan aku...mmg sah2 la die nmpk...ahahha..kirenyer die saksi kejadian la...malu giler siot...huhuhuhuh...rasa cam tobat dah x nk paki heels...pakai wedges jer la (x padan ngan jalan bersepah, ade hati jugak nak pakai kasut tinggi)...huhuhu

tu episod 1 hb...2 hb pun ader gak episod yng memalukan...pendek cerita 2-2 hari aku menghadiri kawan aku punyer wedding ada 2 kisah yg memalukan...huhuhu...

tuk episod ke-2 ni, aku x sempat jatuh sbb aku der penyelamat...hheheh...ms tu nak bwk pengantin kuar makan beradap..aku tgh nk paki sandal aku yang cantik tu..tetiba sorang kawan aku yg br sampai datang...dalm pada nk bersalam ni nak jgk bercerita pasal sandal ku yg cantik tu...

tp...ces...si pengapait pengantin lelaki tu terpijak aku punyer sandal..aku pun aper lagi..hilang keseimbangan badan la...dan2 nak jatuh..huh...sambar jer mana yg ada kat depan..huhuhu..badan die la jadi mangsa...tp seb baik aku cpt sedar..terus lepas & member sblh aku tu jd penyelamat aku..hehehe...selamat lah aku dr jatuh kali ke-2..hahaha

hish...really memorable la visit to melaka kali ni..hhuhu...

**moral of the story
~ kalau kasut tu dah putus, jangan ngada2 nak pakai lagi..
~ jadikan kereta anda rak kasut anda..
~ kalau tak biasa paki heels tu bawak2 la berhati2..nnt jatuh tersungkur .. MALU...ahhaha

Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

Mesti ramai yang kat luar sana dah pernah sampai ke sana kan? Aku salah seorang yang bertuah (ye ker? ) sebab dah pernah sampai ke sana.

Aku pergi tahun 2010 ari tu, bulan..eerrrmmm..tak ingat..hehe...Ni kali ke-2 aku gi sana, kali pertama masa tahun 1997, ikut rombongan sekolah...

kenapa nak cerita pasal tempat ni? sebab hari ahad lepas, tertengaok rancangan SARAPAN kat TV3, kebetulan dia shoot kat situ, jadi meh aku kongsi lak pengalaman aku kat sana. Memang menarik..! best sangat..! kat sana ada macam2 yang boleh tengok, tapi sayangnya masa aku pegi tu, camera aku tak fully charge..hampeh jer kan? so..sesetengahnya hanya ter'capture' kat dalam memory aku je la...

the most exciting thing is, kat sini ada rumah 4 musim ! musim dia macam world musim la..best..! dan masa aku pergi ari tu musim bunga...bunga2 nya sangat lah cantik..!

Info :

alamat : Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Tel : +603 5510 6922 / 5510 6923

Ticket : Dewasa RM3.00 (12 tahun ke atas)
kanak2: RM1.00  (4 ke 11 tahun).
warga emas : RM1.00 for (55 tahun ke atas)

lain2 bayaran :

video cam : RM10


sewa basikal : rate ikut jam rm3 untuk 1 jam


cakap aje tak guna kan? moh le kite nengok gambo pule...:)

board yang agak menyakitkan mata :(
                                         
    Ticket masuk :) . bukti aku dh pernah pergi..hehehe
                                       
   kat board tu boleh tengok waktu lawatan
                                       
ni antara puluhan basikal yang boleh di sewa
                                            
bayaran dan peraturan2 nak sewa basikal
                                                     
     ni notice board kat rumah 4 musim. nak masuk ada bayaran jugak, tak ingt berapa ringgit ..hehehe
       




ni antara bunga2 yang ada kat dalam rumah tu..cantik kan?! 
 haa..korang semua...! ape lagi...jom la ke sana,...ada menara tinjau jugak...kalau sesape yang gayat tu tak payah la naik...agak menakutkan jugak...tapi menara tinjau ni baik tuk mereka yang stess..hehehe..bukan tuk terjun bawah..tapi tuk menjerit...hahaha...

The Voyage

Perjalanan hidup turtlemerah di dunia ni dah lama bermula, sejak dari tahun 1985. Semakin lama melayari kehidupan, semakin banyak yang ditempuhi, ada suka dan ada duka. Ada yang dikongsi bersama kawan2, kakak2 dan abng dan ada juga yang dipendam.

Jadi....blog ni juga salah satu medium untuk turtlemerah berkongsi .........


~~~wwwwwwweeeeeeeeeeee..... welcome to the blogging world...!!! ~~~ 
 
*wish tuk diri sendiri..hahaha*