gambar hiasan |
Perkahwinan adalah penyatuan 2 insan yang berkongsi matlamat yang sama. aku tak nak bercerita mengenai matlamat perkahwinan dalam Islam..sebab pada aku semua dah tau. hanya kadang2 mereka menidakkan jer akan matlamat tu.
perkahwinan adalah perjudian. sama juga dengan kehidupan.kita tidak tahu apa akan jadi pada kehidupan kita & perkahwinan kita. kita hanya perlu berusaha untuk buat yang terbaik, jadi yang terbaik supaya hasilnya adalah yang terbaik. betul tak?
perkahwinan adalah penyatuan 2 insan yang berbeza. berbeza dari sosio-budaya, perangai, kehendak, keperluan & macam2 lagi.. di sinilah letaknya ujian sebenar kepada sebuah perkahwinan.. macam mana untuk mewujudkan keserasian dalam rumahtangga yang baru dibina supaya ia tidak roboh bila dihujani oleh dugaan2 kehidupan.
2 jiwa yang disatukan atas tiket perkahwinan perlu bijak menangani emosi & intelektual serta ego dalam perjalanan mencapai matlamat sebenar perkahwinan...perkahwinan bukan sesuatu yang mudah..kita perlu mempersiapkan diri kita untuk menjadi pelengkap kepada pasangan kita..perlu berubah untuk kebaikan..ego perlu ditunddukkan supaya hubungan tidak berantakan...
hhhuuurrrmmm....
mampukah aku untuk menjadi tongkat kepada pasanganku?
mampukah aku menjadi cahaya dalam kehidupannya?
mampukah aku menjadi isteri yang solehah?
Firman Allah : “ Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik..” ( An-Nur : 26 )
Ya Allah...aku mohon diberikan jodoh yang terbaik untukku, yang mampu membimbing aku ke jalan yang diredhai..Amiiiiinnn...
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan jejak anda :