Monday, 9 May 2011

Anak Buah yang Demand..!

Budak-budak sekarang, kecik2 dah pandai demand...nak cantik, nak sedap..nak apa yang dia nk jer..! haish...ni anak buah aku sorang ni, baru 3 tahun, tapi dah reti nak melaram... Tengah2 mengamuk boleh senyap bila cakap nak beli baju POLO untuk dia...

Tu cerita 2-3 minggu lepas, cerita 2-3 hari lepas boleh tahan jugak .. hahaha.. kan sekarang aku ni tengah giler jahit manik, Si kecik tu ada baju kurung baru 3 pasang sempena kenduri sepupu sepapat dia... aku pun nak berekperimen la ngan baju2 dia...

Siap jahit tangan dan leher, tunjuk kat dia...dia kata cantik..! tapi yang tak tahan nya tu bila aku kata...

okey dah siap.. dia dengan muka comeynyer + tak puas hati  cakap...tu kaki tak siap lagi...buat la kaki jugak..

Aiiyyaaakkk..!!! nak suh buat jugak kaki baju dia?? tepuk dahi aku...mak dia merangkap kakak aku gelak besar..! die muka conpius, kenapa kitaorang ketawa... bila aku tak cucuk jarum lagi dia tanya, su buat la..

Adeeehhh!! budak..!

nilah hasil nya...samapi ke kaki baju kene buat..! :)
ni saje2 try snap...hehe
manik simple jer kan?

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak anda :