Wednesday, 30 March 2011

Malaysia Juga Berisiko ??!!

Laporan yang mengejutkan dari  KOSMO Online . Malaysia juga tidak terlepas dari ancaman gempa bumi.

"KUALA LUMPUR - Penduduk di negara ini perlu lebih bersedia kerana Malaysia dijangka tidak terlepas daripada mengalami kejadian gempa bumi pada masa akan datang.
Pakar Geologi, Prof. Madya Dr. Tajul Anuar Jamaluddin berkata, kemungkinan itu ekoran daripada retakan-retakan besar (sesar) yang terdapat di dalam kerak bumi.
Katanya, walaupun ketika ini retakan itu tidak aktif tetapi gerakan pada kerak bumi yang didorong oleh gempa di sekeliling Semenanjung Malaysia boleh mengundang bencana tersebut.
"Kekerapan berlakunya gempa bumi di sekeliling Malaysia, contohnya di Indonesia, Myanmar dan Jepun akan mendorong patahan pada retakan-retakan besar ini seterusnya ia akan aktif dan menghasilkan gempa bumi.
"Apa yang dapat dipastikan, kemungkinan itu tetap ada tetapi bila ia akan berlaku sama ada mengambil masa puluhan atau ratusan tahun tidak dapat dipastikan," kata Tajul Anuar yang merupakan Pensyarah Geobencana, Institut Kajian Bencana Asia Tenggara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)." : Kosmo Online 28-march-2011


Walaupun Malaysia terkeluar dari Lingkran Api Pasifik tapi, M'sia sebenarnya di kelilingi oleh lingkaran ni...



p/s : Malaysia nak bina reactor nuclear... risiko gempa bumi mungkin perlu dimasukkan dalam senarai 'risk of factor'  yang perlu dikaji dan dinilai oleh pakar2 sebelum kptsn reaktor ni dibuat.

Tuesday, 29 March 2011

Hakikat Sebuah Kehilangan

Kehilangan memang memberi impak kepada kita, tambah-tambah kalau yang kita hilang tu adalah orang tersayang, Mak dan ayah. Sungguh sedih .......


Kalau kita kehilangan orang tersayang, terasa dunia sungguh tidak adil. Hati pula selalu bertanya, 'kenapa aku,kenapa bukan orang lain'.. sungguh tak bersyukurkan kita... :( .. La Tahzan, Innallah hamana !

Pada aku, untuk menerima hakikat sebuah kehilangan pada masa kita telah ber-USIA , mempunyai fikiran yang matang adalah lebih sukar berbanding menerima hakikat sebuah kehilangan ketika kita masih kecik, masih hingusan.

Untuk menghantar mereka yang kita sayang dengan tenang amatlah sukar.... Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi...dan yang masih hidup, teruskan perjuangan..!


Pengalaman aku, menghadapi 2 kehilangan besar dalam hidup aku, pada dua usia berbeza amat berbeza. Makin berusia aku maknanya makin lama masa aku bersama mereka, makin banyak memori yang tercipta dan dicipta bersama. Sungguh sukar untuk menghadapinya dengan senyuman.

Kadang-kadang timbul penyesalan dengan apa yang berlaku...Tapi, yang berlaku dah menjadi sebuah sejarah yang tak boleh diubah, hanya yang mampu berusaha dan berdoa supaya sejarah tidak berulang...

Kepada yang masih mempunyai mak dan ayah, HARGAILAH meraka...dan kepada yang telah tiada, DOAKAN mereka...

Friday, 25 March 2011

Sunset..!

Tiap kali aku gi sini, mesti aku tak bawak camera aku yang konon canggih tu. Nak wat cam mana, snap jer la guna camera handphone. OKEY..! jom layan...!







Ni plak, pandangan sunset dari ofis aku tingkt 21. Layan..!




Thursday, 24 March 2011

Aku ke Dapur Lagi

Kali ni tekak aku nak makan chicken chop..! konon dah lama tak makan dah rasa cam kempunan je nak makan chiken chop..tanya Pak Cik Gugle resepi dia, nahhh...beratur panjang resepi yang dibagi.. :)

Dan aku try yang paling mudah, bahan2 yang paling senang. Resepi dari  MyResepi . Terima kasih kepada empunya resepi..Dan seperti biasa jugak, aku bukan ikut betul2 sukatan dan bahan2nya.:). ada yang aku tokok tambahnya..

Kalau ikut resepi tu, ayam tu goren..tapi aku grill...so jadi lah "Grilled Chicken Chop"  :)

Ayam yang diperap dan bersedia masuk oven untuk di grill..:)


 Taaadaaa...!!! dah siap pun...siap ngan black pepper gravy lagi...:) ada fries dan ada coselow... :)


Tengok tu...yang budak berdua tu pun sibuk nak makan jugak...hehehe...
..okey...meh tengok apa yang aku letak...

Ayam :
Perap ayam dengan bawang putih, halia, sos cili, sos tomato, sos tiram, serbuk lada hitam @ sos lada hitam dan madu. Perap lebih kurang 2-3 jam...lagi lama lagi sedap.. ayam tu kelar atau cucuk2 dengan garpu supaya lebih serapan..

Black Pepper Gravy :
Bawang besar, bawang putih dan sedikit halia dikisar. Masakkan bahan2 kisar bersama sos lada hitam, sos tiram dan cendawan butang. Jangan lupa sedikit kicap dan kiub pati ayam.  Adjust kepekatan dengan air dan tepung jagung...:)

Coleslaw tu macam biasa jer, cuma tambah kismis jer...okey...! dah siap hidangan istimewa dari dapur turtlemerah..! hehehe...kak che dan abang yie & along suke...depa siap syorkan suh buat lagi...ayyaaakkk..!! hehe..

Wednesday, 23 March 2011

Resepi Nostalgia...

Okey, bila tiba hari rajin, aku akan masuk dapur untuk memasak...yer untuk memasak bukan untuk makan...hehehe...jom kita tengok rupa dan resepi aku kali ni... :) ..

Kenapa nostalgia? hheeemm...sebab, aku kenal masakan ni masa aku belajar dulu, kawan aku ni selalu la jugak masak masakan ni..dan..rasanyer sungguh sedap...ssuuppeerrbbb..! (kecur liur aku ..ahahha)

Ini adalah ikan yang dimasak bersama santan dan ikan bilis.


Bahan-bahan: Bawang merah, bawang putih, *cili padi, santan, ikan bilis, **ikan kegemaran anda.

Cara-cara : tumbuk cili sampai lumat, tumbuk bawang-bawang dan ikan bilis. Tumis kan cili padi dan bawang2, bila dah garing masukkan bilis, tumiskan seketika lepas tu masukkan santan, sesuaikan rasa dan masukkan ikan. Masak hingga santan masak. :)

Notes : * cili padi ikut kemampuan tahap kepedasan anda. ** ikan kene goreng dulu, baru sedap, dan ikan yang digunakan tu seelok-eloknya bukan dari saiz yang besar..ikan tu jugak boleh digantikan dengan telor, lepas masukkan santan terus pecahkan telor..seeddaappp..!!

p/s: terima kasih untuk kawan aku tu..dia dengan baik hatinya telah berkongsi resipi ni dengan aku...

Monday, 21 March 2011

Aiskrim..!

Sebut jer aiskrim, semua orang pasti teruja. Tak kira kecik besar tua muda, semua akan mengangguk jer bila tanya "nak asikrim?" .. Tambah-tambah lagi kalau asikrim tu aiskrim free...laaggiiii lah seddaaappp rasenye..! :)

ais krim yang mahal macam ni, lagi best kalau orang belanja..tpi nikmat juga kalu dapat beli sendiri..nyaman jer rasa tekak..hehehe..lepas tu tepuk dahi tengok dompet dah kurus.. :)

Ini aiskrim Malaysia, sedap kalau dimakan kat tepi pantai...ditiup angin sepoi-sepoi bahasa berlatar belakngkan bunyi ombak...(ceh..poyo jerk aku ni..:P )

Ni pulak asikrim goreng...terkenal terutamanya di Panti timur semenanjung terutamanya di Terengganu. kalau tak silap, aiskrim goreng ni mula diperkenalkan di Pantai Batu Buruk, Terengganu..


Ni aiskrim yang biasa kita dapat kalau gi mana-mana kedai runcit atau pasaraya. Bukak jer peti aiskrim mesti nampak pelbagai perisa aiskrim yang menyelerakan...nyummm..nyumm...nyamamn.....

Sunday, 20 March 2011

Ikan Terbang ..??!!

Kat Putrajaya baru-baru ni ada festival layang-layang. Aku sempat la jugak menjenguk. Menarik jugak layang-layang tu, tapi tak de yang tradisional punya. Semua yang ada layang-layang moden..Bentuk robot, ikan sotong, bentuk hantu pun ada... Tapi aku tak snap semua, sebab gi dah petang sangat, sibuk nak balik la pulak.. :)

tuuu...nampak tak layang-layang setan tu...moden sungguh layang-layang skrang ni yer..ishk3x..

ikan nak meluncur di udara

dah ada kat udara..yeay..!!

ikan dah mendarat.. :(

Thursday, 17 March 2011

Merong Maha Wangsa

merong maha wangsa
"bukan merong mahawangsa, tapi merong mahasuasa"
"sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad menjadi satu, hidup mati jadi bersama"
"manakan bisa ditahan air dari empangan yang sudah pun pecah"

Cerita ni pada aku, BEST ..! cubalah tengok. Pada aku, filem ini bawa nafas baru dalam industri perfileman Malaysia. Walaupun ada plot-plot yang nampak 'unreal'. Dan masih banyak yang perlu dilakukan untuk karya yang lebih menarik.

Apa-apa pun, TAHNIAH untuk KRU STUDIO..! atas usaha anda.

p/s: Aku dah jemu dengan filem-filem seram yang ntah-pa-pe-ntah. Dah jemu-jelak dengan adegan-adegan berunsur tahyul dalam filem-filem seram.

Sunday, 13 March 2011

Amat Kecik Ati




yer..! aku teramat kecik ati dan sedih...! aku menangis...kali ni betul2 aku terasa... bila kawan baik aku dah macam melupakan aku...

Sunday, 6 March 2011

Perkahwinan dan Perceraian

laporan dari Malaysiakini
 Jakim: Satu perceraian pada setiap 15 minit
Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 menunjukkan berlaku satu perceraian pada setiap 15 minit di kalangan umat Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata jumlah itu meningkat daripada tahun ke tahun akibat daripada kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri termasuk mengabaikan solat. 

Saturday, 5 March 2011

Saman ooohh saman...!

Sejak aku pakai kereta di KL ni, selalu sangat aku kene saman. dulu masa aku di Melaka tak pernah pun kena saman. Alhamdulillah sebab kereta tu atas nama kakak aku, kalau aku kena saman dia yang ada masalh. aku pun ada masalah gak la, mesti kene bebel punyer...hehe..

baru2 ni aku dah settle kan saman traffic aku, ada la RM330 .. 2 speeding dan 1 parking. dah selesai saman traffic saman DBKL plak . sebelum ni memang aku buat tak endah jer dengan saman DBKL ni, ada surat cinta tu aku buang jer..tapi hari ni member aku cakap, DBKL nnt akan linkkn dengan JPJ n Polis .. jadi lepas ni saman DBKL bukan boleh dipandang sepi je la.. adeh..!!

sekrang ni sampi 10 Mac 2011, DBKL bagi discount sbnyk 70%., jadi out of RM100 akan jadi RM30 la.. aku gi check dan aku ada 15 keping saman. 15 x RM30 = RM450...!!

semuanya saman ni aku dapt sekitar ofis aku...dalam dilema ni..yes ke no untuk bayr saman ni...huhuhu...



YES or NO for paying summons

Updates : dah bayar dah saman tadi..ppeerrgghhh...melayang RM450..huhuh