Kehilangan memang memberi impak kepada kita, tambah-tambah kalau yang kita hilang tu adalah orang tersayang, Mak dan ayah. Sungguh sedih .......
Kalau kita kehilangan orang tersayang, terasa dunia sungguh tidak adil. Hati pula selalu bertanya, 'kenapa aku,kenapa bukan orang lain'.. sungguh tak bersyukurkan kita... :( .. La Tahzan, Innallah hamana !
Pada aku, untuk menerima hakikat sebuah kehilangan pada masa kita telah ber-USIA , mempunyai fikiran yang matang adalah lebih sukar berbanding menerima hakikat sebuah kehilangan ketika kita masih kecik, masih hingusan.
Untuk menghantar mereka yang kita sayang dengan tenang amatlah sukar.... Al-fatihah untuk mereka yang telah pergi...dan yang masih hidup, teruskan perjuangan..!
Pengalaman aku, menghadapi 2 kehilangan besar dalam hidup aku, pada dua usia berbeza amat berbeza. Makin berusia aku maknanya makin lama masa aku bersama mereka, makin banyak memori yang tercipta dan dicipta bersama. Sungguh sukar untuk menghadapinya dengan senyuman.
Kadang-kadang timbul penyesalan dengan apa yang berlaku...Tapi, yang berlaku dah menjadi sebuah sejarah yang tak boleh diubah, hanya yang mampu berusaha dan berdoa supaya sejarah tidak berulang...
Kepada yang masih mempunyai mak dan ayah, HARGAILAH meraka...dan kepada yang telah tiada, DOAKAN mereka...
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan jejak anda :