Kenapa nostalgia? hheeemm...sebab, aku kenal masakan ni masa aku belajar dulu, kawan aku ni selalu la jugak masak masakan ni..dan..rasanyer sungguh sedap...ssuuppeerrbbb..!
Ini adalah ikan yang dimasak bersama santan dan ikan bilis. |
Bahan-bahan: Bawang merah, bawang putih, *cili padi, santan, ikan bilis, **ikan kegemaran anda.
Cara-cara : tumbuk cili sampai lumat, tumbuk bawang-bawang dan ikan bilis. Tumis kan cili padi dan bawang2, bila dah garing masukkan bilis, tumiskan seketika lepas tu masukkan santan, sesuaikan rasa dan masukkan ikan. Masak hingga santan masak. :)
Notes : * cili padi ikut kemampuan tahap kepedasan anda. ** ikan kene goreng dulu, baru sedap, dan ikan yang digunakan tu seelok-eloknya bukan dari saiz yang besar..ikan tu jugak boleh digantikan dengan telor, lepas masukkan santan terus pecahkan telor..seeddaappp..!!
p/s: terima kasih untuk kawan aku tu..dia dengan baik hatinya telah berkongsi resipi ni dengan aku...
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan jejak anda :