Appointment pukul 4 petang, tapi aku sampai kul 3.30 petang..hehe..efficient la katakan..ceh..! konon jer lebih..Dok lluar pintu dah 5 minit, bila masuk, jumpa sorang budak tengah tunggu kawan dia interview. Masa tu dah pukul 3.40, aku dah kecut sebabnya dia kata kawan dia tu appointment pukul 3. What??!! 40 minit tak siap lagi interview?? dah la masa tu aku dengar suara2 orang bercakap..TERSANGAT la risau..huhu..Dia cakap jugak kawan dia tu diberi ujian...mak ai...! lagi kecut aku..huhu
Bila budak tu cakap ada ujian, aku nebes sebab aku takut ujian math macam syarikat ape ntah yang aku gi dulu. Result ujian aku teruk sangat kot sebab depa memang tak panggil aku untuk interview pun...hahaha...Lepas tu orang HR datang bagitau ada ujian dan dia bagi aku kertas ujian.
Ada 2 set, 1 english test dan satu lagi technical test.. huhu..takut aku..english test tu aku main ikut sedap baca la, yang technical test tu aku hentam banyak. dan soaln subjective nya aku rasa ada 2-3 soalan jer yang aku yakin dengan jawapan aku..huhu..selebihnya ada yang aku tak jawab dan ada yang aku main ikut sedap tangan nak tulis..ahahha...
Interviewer masuk, then sesi inter-B-U pun bermula...dannnn...5 minit kemudian..SETTLE...hahha...aku tanya 'how long i need to wait for the result?' then dia jawab 'we need to finalized first maybe end of this coming weeks we'll contact you.'... then aku pun balik...
Tengah drive nak balik rumah, tetiba...ada call...dan ayat yang buat aku tersenyum sampai sekarang adalah "They wold like to hire you, congratulation.!" alhamdulillah...post yang nama gempak tu jadi milik aku...
^________^ .. senyum lebar !
Well Done..!! you hired..! |
No comments:
Post a Comment
sila tinggalkan jejak anda :